Cover ‘Dance Monkey’ Dengan Lirik Sendiri, Ramai Terhibur

Lagu Dance Monkey yang seringkali diputarkan di radio tempatan kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Semakin ramai selebriti tempatan yang merakamkan video hasil nyanyian lagu ini sebagai hiburan buat peminat mereka. Namun begitu satu video seorang lelaki menyanyikan lagu Dance Monkey lirik sendiri menjadi tular di sosial media baru-baru ini.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun @FazzAhmad2 ini adalah nyanyiannya sendiri. Berdurasi 56 saat, dalam rakaman ini kelihatan lelaki tersebut sedang ‘bermain’ piano sambil kedengaran melodi asal lagu Dance Monkey. Sambil itu kedengaran juga nyanyiannya dengan lirik tersendiri menggunakan rentak lagu yang sama.

Berikut adalah video yang tular di sosial media tersebut:

Amacam layan tak lagu nyanyian lelaki ini? Difahamkan lelaki bernama Fazz Ahmad ini sememangnya terkenal di sosial media dengan nyanyian rap darinya. Disebabkan itu dia digelar dengan nama Fazz Ahmad The Young Rapper.

Perkongsian video lelaki ini telah meraih lebih 264,000 tontonan dan 9,900 retweets serta 7,200 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai nyanyian lagu Dance Monkey lirik sendiri oleh lelaki ini di ruangan komen seperti berikut:

“Power ahh idolaa. Dance oma dance omaa uhh uhh”

“Tahun baru saya lebih bermakna setelah mendengar lagu ni. Suara anda..tak terkata..ehm. Hidup Young Rapper!”

“Tak pernah ada lirik masukkan kartun zaman kanak-kanak dalam lagu. Hanya Fazz Ahamd rappers no 1 je yang berani ketengahkan lirik berbaur childhood memories camni”

“Power dia ni, boleh g jauh”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: media viral

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Cover ‘Dance Monkey’ Dengan Lirik Sendiri, Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*