Enam Institut Berprestij Tampil Beri Cadangan Projek Hijab Dr Farah di UK

HASIL sambutan positif ke atas hijab pakai buang di United Kingdom, Dr Farah Shaheera Roslan sudah menerima lebih enam cadangan daripada institusi berprestij tempatan untuk bekerjasama dengannya bagi menjayakan projek itu.

Memetik Hospital Oxford University sebagai antara enam yang mengemukakan cadangan, doktor muda berusia 26 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata projek itu masih di peringkat awal, dari segi menangani jurang dasar dan sistem.

“Saya bertugas bergilir-gilir di beberapa hospital di Wilayah Timur Midland, dan menyedari dasar berbeza ketika di dewan bedah (OT), yang secara amnya, prosedur standard adalah memakai pakaian bersih bagi mengelak jangkitan kuman.

“Saya kadang-kadang membawa beberapa selendang bersih dari rumah, namun anda tidak dapat menjangkakan bila peluang tiba untuk memasuki OT. Namun, begitu sesetengah hospital tidak membenarkan penggunaannya (selendang) bagi menjaga aspek kebersihan,” katanya.

Sebagai doktor pelatih tahun kedua (Tahun asasi ke-2), Farah berkata apabila keadaan itu berlaku, ia adalah kehilangan peluang pembelajaran dalam bidang yang paling diminatinya – pembedahan.

Sehubungan itu, beliau bertekad mencari jalan penyelesaian daripada semata-mata menyalahkan sistem dan dasar sedia ada.

Farah (kanan) memberitahu walaupun projek itu mendapat perhatian namun ia masih dalam peringkat awal. 

“Idea ini muncul ketika saya dikeluarkan dari OT. Sukar untuk mengimbangi antara tuntutan agama, mematuhi keperluan dan peraturan hospital serta prosedur OT,” kata Farah yang berhasrat menjadi pakar bedah.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun tidak ada tudung hijab khusus untuk doktor Islam di OT, kakitangan hospital sering membantunya mencari bahan yang sesuai untuk menutup rambut dan leher, mengikut tuntutan Islam.

Dalam usahanya mencari penyelesaian kekal, dan disokong sepenuhnya oleh pengarah program itu, Farah mula menghantar e-mel dan berhubung dengan syarikat pembekal perubatan di Malaysia.

Namun, kos penghantaran membatasi usahanya. Farah tidak berputus asa, sebaliknya memberi tumpuan kepada syarikat di UK.

“Saya mula berhubung dengan kira-kira lima syarikat tempatan, dan sebuah syarikat membalas dan mula menghantar bahan-bahan tudung ke rumah, Saya memilih bahan yang legap, mudah bernafas, boleh diguna semula dan mudah dipakai,” katanya.

Inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan di UK dan Malaysia, katanya.

Farah berharap projek itu dapat memberi manfaat bukan sahaja doktor Islam di luar negara tetapi di Malaysia. 

“Tidak, ini bukan untuk tujuan membuat keuntungan walaupun saya menerima komen bahawa saya boleh membuat keuntungan,” katanya, sambil menyatakan bahawa beliau mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk melakukan penyelidikan untuk hijab berkenaan.

Farah menerima anugerah dan sijil bagi Doktor Tahun Asas (2019) dari Nottingham University Hospital dan menyempurnakan Peperiksaan Keahlian Surgical Royal Colleges Great Britain dan Ireland, yang diikutinya semasa menjadi doktor pelatih.

Melangkah ke dekad baharu, Farah mahu membantu lebih ramai doktor dan pelajar Islam yang sukar memakai hijab di OT.

Pada masa ini, katanya sudah ada perubahan pasif, dengan hospital bersedia untuk menggunakan idea itu di hospital, selain terdapat juga tindakan aktif, dengan membuat perubahan kepada dasar.

Farah berkata, beliau juga berbincang dengan Persatuan Perubatan Islam Britain, dan hasil perbincangan itu berkemungkinan menjurus kepada matlamat yang lebih tinggi, yang berpotensi mempengaruhi dasar kod pakaian dalam amalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Saya akan (dan terus) menyokong pelajar dan doktor perubatan untuk mematuhi tuntutan agama ketika bertugas, terutama di negara Barat seperti Amerika Syarikat, Australia serta di Afrika Selatan, yang mempunyai ramai doktor Islam dan pada masa yang sama mempelajari lebih lanjut tentang keadaan sebenar di OT, ” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Enam Institut Berprestij Tampil Beri Cadangan Projek Hijab Dr Farah di UK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*