Azhan Rani menerusi Instagram menjadi perhatian peminat dan pengikut apabila dia berkongsikan foto zaman muda bersama seorang lagi pelakon hebat dalam industri seni tanah air, Beto Kusyairy.
Kedua-duanya kelihatan muda menerusi foto berkenaan yang menurutnya juga ia sekitar tahun 2007 atau 2008.
Sememangnya tidak dapat dinafikan Azhan Rani mahupun Beto Kusyairy sudah menjadi pelakon legend yang memiliki bakat tersendiri dan tentu saja lakonan mereka pasti mendapat tempat dihati peminat.
Pelakon legend tanah air
Bagaimanapun, Azhan Rani bukan hanya berkongsikan foto mereka kepada pengikut dan peminat namun dia juga menulis kisah khusus dia bersama sahabatnya, Beto Kusyairy.
Namun begitu, membuatkan posting pelakon popular ini mencuri tumpuan ramai apabila dia menulis ucapan berkenaan mengunakan tulisan jawi.
Kapsyen jawi jadi perhatian
Katanya, mereka kenal bermula dari ujibakat sebuah filem dan sama-sama dapat turun untuk filem berkenaan. Selain menceritakan mengenai foto berkenaan, dia turut bersyukur kerana sahabatnya itu bukan hanya ada ketika senang namun juga susah.
Katanya juga, Beto Kusyairy selalu menghulurkan tangan buatnya ketika jatuh dan perkara itu turut membuatkan rakannya turut bersyukur untuk semuanya.
Netizen turut mengatakan mereka adalah sahabat susah senang dan dalam pada itu, rata-rata memuji pelakon ini yang dikatakan telah memartabatkan tulisan jawi.
“Takkan pernah aku lupa…”
“Terbaik la bang… i like tulisan jawi…”
“Gigih saya membawa tulisan jawi…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar
Sumber: lobak merah
PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Kapsyen ‘Jawi’ Azhan Rani Buat Sahabat Beto Kusyairy, Netizen Respect"