“Sufian Suhaimi Nafi Tut0p Pintu Hati,” Tak Ada Cal0n Sesuai

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi. Menurut Sufian, dia tidak mahu terburu-buru mencari cinta dan menyerakan soal jodoh kepada takdir.

Sufian juga menafikan dakwaan kononnya dia menutup pintu hati untuk bercinta kembali, cuma dia belum lagi bertemu dengan pengganti yang sesuai. Ujarnya lagi, dia menerima andai ada jodoh yang datang.

“Kalau nak ikutkan, untuk permulaan tahun ini saya memang ada banyak perancangan untuk kerjaya seni tapi ia bukan alasan untuk saya tutup pintu hati.

“Saya tidak letak sebaran sasaran untuk bercinta sebab sekarang pun belum ada kekasih atau calon yang sesuai.

“Bagi saya kalau ada jodoh, saya terima saja. Apa-apa pun kita tengok dulu macam mana perjalanan saya untuk tahun 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Sufian turut berkongsikan perancangannya pada tahun 2020 iaitu menceburi bidang perniagaan produk bayi dan idea itu timbul selepas mengambil anak angkat, Faeq Razeeq pada tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sufian Suhaimi Nafi Tut0p Pintu Hati,” Tak Ada Cal0n Sesuai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*