C0ver ‘Dance Monkey’ Tapi Dikritik Netizen, Ini Balas Aprena Manrose

Kini, lagu Dance Monkey nyanyian asal dari Tones and I menjadi pilihan tidak hanya netizen malah rakan selebriti tanah air turut membuat cover. Kali ini pula, pelakon popular Aprena Manrose berkongsikan video nyanyiannya kepada pengikut dan peminat.

Untuk pengetahuan ramai, sebelum ini juga pelakon Aprena Manrose ada membuat cover lagu dan suaranya yang memiliki keunikan tersendiri sudah mendapat pujian ramai.

Bagaimanapun, menerusi satu rakaman video baru dikongsikan pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita ini telah menerima kritikan daripada seorang pengguna media sosial.

Cover ‘Dance Monkey’


Katanya menerusi video, dia hanya mencuba untuk menyanyikan lagu Dance Monkey yang kini sedang hangat menjadi pilihan peminat muzik.

Malahan pula, dia hanya berkongsikan rakaman video pendek sahaja selain turut bertanyakan kepada pengikut dilaman sosial miliknya itu untuk dia membuat full cover namun lain pula jadinya.

Kata seorang individu, orang cantik menyanyi suara sumbang tetap orang suka dan komen yang ditinggalkan turut menarik perhatian selebriti ini sendiri.

“Orang cantik nyanyi suara sumbang pun tetap orang suka…”

Bagaimanapun, rata-rata pengikut dan peminat juga memberikan maklum balas positif apabila dia cover Dance Monkey selain turut akui, pelakon ini memiliki keunikan suara tersendiri.

“Serak2 basah! Oh gosh i’m love it sister”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: Aprena Manrose

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "C0ver ‘Dance Monkey’ Tapi Dikritik Netizen, Ini Balas Aprena Manrose"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*