“Cantiknya Pemandangan” Nabila Huda ‘Belanja’ Foto Percutian Pulau, Indahnya

Pelakon Nabila Huda mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto percutiannya di Koh Lipe, Thailand dan Pulau Langkawi.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila memuat naik beberapa keping foto pemandangan indah sejak berada di pulau kecil itu tiga hari lalu.

“Always my favorite place,” tulis Nabila ringkas di ruangan kapsyen.

Percutian Nabila di Koh Lipe dan Pulau Langkawi itu turut disertai oleh suami dan anaknya.

Bukan sahaja memuat naik foto pantai putih bersih dan kejernihan air laut, pelakon berusia 36 tahun itu turut berkongsi villa penginapan mereka yang sangat cantik. 

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya terpegun dengan lokasi percutian Nabila dan berharap mereka berkesempatan mengunjungi pulau itu.

Oktober lalu, Nabila turut mencuri tumpuan apabila mengembara ke New Zealand dan mengelilingi negara itu menggunakan karavan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Cantiknya Pemandangan” Nabila Huda ‘Belanja’ Foto Percutian Pulau, Indahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*