Naqiu Boboy Dah Mula Letak Harga Tinggi. Ini Jawapan Empunya Diri

Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu Boboy menafikan dakwaan dia mula bersikap ‘demand’ terhadap bayaran untuk sesuatu persembahan nyanyian.

Menerusi laporan Astro Awani, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33 berkata, semua urusan harga bayaran boleh dirunding.

“Pihak pengurusan tidak meletakkan bayaran sesuka hati, sebaliknya ia boleh dirunding.

“Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah sebab rezeki itu datang daripada Allah,” katanya.

Jelas Naqiu, bagi penetapan harga ia juga bergantung pada skala acara atau persembahan itu sendiri.

“Kalau acara itu besar, maknanya besarlah payment. Jadi, itu bergantung kepada acara.

“Kita bukan meletakkan harga yang melangit dan tinggi-tinggi, tetapi kita ikut pada acara yang disertai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Naqiu Boboy Dah Mula Letak Harga Tinggi. Ini Jawapan Empunya Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*