Shazriq Nyanyi ‘Berhenti Berharap’ Penuh Perasaan Buat Ramai Em0si

Menyanyikan sebuah lagu semua orang pun boleh, namun yang mampu mencuri hati pendengar adalah sesuatu yang istimewa. Baru-baru ini tular di sosial media dengan persembahan nyanyian seorang lelaki yang cukup meruntun hati yang mendengarnya.

Video persembahan nyanyian itu dikongsikan sendiri oleh abang lelaki itu yang juga pemilik akaun Twitter @SamadSaidWhaaat. Difahamkan adiknya yang bernama Shazriq itu masih belum berhenti berharap untuk menjadi penyanyi satu hari nanti.

Menerusi perkongsian video yang berdurasi dua minit 15 saat itu, kelihatan Shazriq sedang berada di atas pentas sambil menyanyikan sebuah lagu berbahasa Inggeris. Kemudiannya disambung pula dengan lagu berjudul ‘Berhenti Berharap’ nyanyian asal Sheila On 7.

Nyanyiannya cukup penuh perasaan membuatkan penonton di dalam rakaman itu mula bersorak.

Berikut adalah video nyanyian Shazriq nyanyi Berhenti Berharap ini yang menjadi tular di sosial media itu:

Rakaman ini telah meraih lebih 161,000 tontonan dengan 9,000 retweets serta 12,800 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mengenai video Shazriq nyanyi Berhenti Berharap ini di ruangan komen seperti berikut:

“He is good, base on pengalaman jadi juri dalam nyanyian selama 20 tahun, he can sing….”

“His voice…menusuk sangat ke hati”

“Suara dia sangat2 menusuk hati saya. Wowww”

Selain itu individu ini turut berkongsikan beberapa video nyanyian adiknya ini yang pernah tular sebelum ini:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Shazriq Nyanyi ‘Berhenti Berharap’ Penuh Perasaan Buat Ramai Em0si"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*