Video Kucing Tertidur Berdiri Semata-Mata mahu Teman Tuannya Bekerja Lewat Malam Buat Hati Netizen Cair

Untuk membentuk perhubungan yang rapat dengan haiwan, seseorang hanya perlukan sedikit masa untuk memberikan perhatian dan belaian kepada haiwan tersebut. Hal ini kerana bukan hanya manusia yang mampu merasai kasih sayang tetapi juga makhluk ciptaan Tuhan yang lain.

Menurut Katie Moore, timbalan presiden Animal Rescue di Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan (IFAW), “Kebanyakan spesies haiwan telah menjalinkan hubungan dengan manusia sejak bertahun-tahun lamanya. Menurut sejarah, haiwan telah dibiakkan untuk tujuan tertentu sekali gus membentuk pertalian dengan manusia”.

Antara haiwan yang cenderung untuk ‘berkomunikasi’ dan membentuk perhubungan yang akrab dengan manusia adalah seperti:

Malah, ramai manusia yang merasakan emosi mereka menjadi lebih ceria dan segala tekanan seolah-olah hilang sebaik sahaja melihat haiwan peliharaan mereka. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dari Jepun ini yang telah menceritakan mengenai gelagat kucing kesayangannya.

Menurut perkongsian @yusai00 di Twitter, kucing peliharaannya menjadi perhatian ramai setelah dia memuat naik video haiwan itu yang tertidur sambil menemani tuannya menyiapkan tugasan. Apa yang melucukan adalah cara kucing comel ini tidur dalam keadaan berdiri dengan kepalanya diletakkan di atas komputer riba.

“Saya sedang membuat kerja lewat malam dan ini yang kucing saya lakukan”.

Comel sungguh! Walaupun penat dan mengantuk, si comel setia menemani tuan tersayang dan enggan berganjak untuk tidur di tempat lain yang lebih selesa. Video berdurasi 12 saat itu sehingga kini meraih 82,399 ulang kicau dan 329,026 tanda suka sejak ianya dimuat naik pada 25 Disember lalu.

Penularan video ini turut mengundang pengguna Twitter lain untuk berkongsi aksi-aksi haiwan peliharaan masing-masing yang comel-comel belaka!

Manjanya dia~

https://twitter.com/CatsContents/status/1201185949071228928

スワヒリ語喋るねこさんが

「無理しないで~ゆっくり休んで~僕も休むぅぅぐたっ」て言ってます(=^・^=) pic.twitter.com/hCND6NlaPn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: Erabaru Malaysia

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Kucing Tertidur Berdiri Semata-Mata mahu Teman Tuannya Bekerja Lewat Malam Buat Hati Netizen Cair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*