“Dah tua-tua pun gedik, jadi pengacara cjwowshop pun jadilah dari takde job kan” Respon Rita Rudaini Balas Mesej Lelaki Ini

Pelakon Rita Rudaini hari ini memuat naik mesej yang diterimanya dari seorang individu, ‘Mr Shark’, yang menghlna dirinya tua dan gedik ketika mengacarakan program CJ WOW Shop.

 

View this post on Instagram

 

Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan…xsabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti…seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak,kena himpit,kena pijak…mommy kata,itu lah kehidupan….dlm hidup kita ni mcm2 ujian…tp walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan..mcm kita keliling kaabah ni lah,kena sabar org pijak,org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan….smua tu DIA uji hati kita…bole susah atau tidak….umrah kali ni mommy dpt cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد dgn arjuna… @adikzwan bwk ryan…tp kami terpisah biasa laaa dh di tolak2,di tarik2..mmg seksa DIA sj yg tau..arjuna sampai xbole bernafas…mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara…rasa brsalah jugk heret dia masuk situ…tp nk patah balik mmg xboleh…dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium…mcm tu jugak ryan,dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak…dpt depa cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد ……..mmg sgt menakutkan berada di situ ..xtau keadaan di situ xbole di kawal lg…berhimpit laki n perempuan 😰…tp kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki…perempuan susah nak lepas….yg lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy,tarik tudung mommy,tarik jubah mommy….mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak..tgn mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak 😔….xtau jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana….sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah 😌…insyaallah moga ada nnti…apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy….. #theAiritsjourney

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Dah tua-tua pun gedik. Jadi pengacara CJ WOW Shop pun jadilah dari tak ada job, kan.” tulis Mr Shark.

Kesal dengan mesej yang dianggap biad@b dan menghlna itu, Rita membalas mesej lelaki berkenaan.

“Alhamdulillah dapat payment berpuluh-puluh ribu walaupun muncul seminggu sekali. Rezeki anak-anak. Rezeki Allah di mana-mana.

“Kau? Mesti kena kerja teruk hari-hari kan? Tapi gaji kau setahun belum tentu boleh sama macam payment aku minggu-minggu.

“Sorry, aku bukan berniat nak cakap kasar dengan kau tetapi orang macam kau ini memang sesuai cakap macam ni. Orang macam kau yang tak percaya rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.

“Biarlah aku nak gedik ke apa ke, bukan aku melacvr cari makan untuk anak-anak. Sebelum kau nak cakap dengan aku, better kau istigfar dan ingat Allah dulu,” balas Rita.

Sementara itu pada kapsyen gambar tersebut, Rita menjelaskan dia tidak faham mengapa lelaki terbabit menghantar mesej seperti itu sedangkan dia tidak mengenali lelaki itu.

 

View this post on Instagram

 

Cukup hanya sy dan DIA saja yg tau…… #theAiritsjourney

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

“Saya tidak faham dengan orang seperti ini. Saya tak kenal dia dan dia pun tak pernah jumpa saya. Tapi kenapa dia saklt hati sangat dengan saya? Kenapa?

“Saya tiada niat nak bercakap kas@r dengan dia dan perIi rezeki dia tetapi saya kena cakap juga dengan orang seperti dia yang tidak sesuai cakap baik-baik,” katanya yang sudah lama menahan sabar dengan manusia-manusia berhati busuk.

Menurut Rita, dia tidak suka apabila ada individu yang mempertikaikan rezeki yang dia cari untuk anak-anaknya.

“So kejl ke jadi pengacara? Hlna sangat ke pengacara? Salah ke saya tua? Mak bapak dia tak tua? Dia sendiri takkan tua?

“Sorrylah, saya benci dan meluat dengan manusia-manusia seperti ini.

Sekarang ini ramai sangat manusia berhati busvk.  Dia makan apa sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang dia tak pernah kenal pun.

VIDEO :

“Mak bapak dia mesti suap benda-benda yang baik dalam mulut dia masa dia kecil dulu. Tetapi bila dah besar entah apa dia mented@rah sampai jadi bang@ng begini.

“Mr Shark, pergi minum racvn rumput + klorox untuk bersihkan hati yang hitam itu. Saya tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya. Tak rugi jadi baik, tak susah pun jadi baik.

“Saya (sengaja) tag nama dia sebab saya nak beri pengajaran kepada orang lain juga. Jangan busvk hati dengan manusia lain. Rezeki Allah dah bagi elok dah pada masing-masing,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, para peminatnya meminta Rita bersabar dan mengabaikan saja individu berhati busvk dan hitam itu kerana tiada faedah melayan orang sepertinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: The Reporter

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah tua-tua pun gedik, jadi pengacara cjwowshop pun jadilah dari takde job kan” Respon Rita Rudaini Balas Mesej Lelaki Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*