Selepas P0pular Di Bigo Live, Eyya Gegar Lawak Jadi Penyanyi Pula

Bukan hanya boleh melawak, bekas peserta Gegar Lawak, Eyya kini mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula.

Mempertaruhkan single pertama berjudul Hey Eyya, gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu turut menampilkan Bell Ngasri dalam lagu terbabit.

“Pihak pengurusan percaya keserasian antara kami sudah wujud memandangkan masing-masing diberikan kepercayaan mengendalikan segmen Parodi MeleTop menerusi rancangan MeleTop sebelum ini,” katanya.

Eyya mendapat kepercayaan daripada Papa Jub Production Sdn. Bhd. yang yakin lagu Hey Eyya mampu memberikan variasi baharu kepada industri seni tanah air.

Tambahan pula lagu yang berentak pop dance cukup energetik dan dekat di hati, Eyya yakin lagu tersebut mampu menghiburkan sesiapa sahaja.

“Walaupun tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal namun saya cuba memberikan mutu rakaman yang baik seperti yang dikehendaki oleh penerbit.

“Lagu pop dance ini membuatkan saya gembira dan tidak berhadapan dengan tekanan saat proses tersebut berlangsung,” tambahnya.

Hey Eyya dicipta oleh Intan Shaharuddin dan mendapat sentuhan lirik daripada Juhana Asri dan Zamzoy.

Terdahulu, Eyya turut menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar anjuran saluran Astro Warna membentuk sebuah kumpulan bersama Pinky dan Sharul Kamal.

Turut bertanding ketika itu termasuklah Bocey, Joey, Zero, Rahim dan ramai lagi.

Gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya mula dikenali melalui aplikasi Bigo Live beberapa tahun yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas P0pular Di Bigo Live, Eyya Gegar Lawak Jadi Penyanyi Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*