“Nampak Macam Main-Main Tapi…” Comelnya, Anak Saharul Ridzwan ‘Kantoi’ Mengaji Sorok-Sorok Belakang Langsir

Pelakon Saharul Ridzwan akui ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar.

Mengambil contoh dirinya, Saharul memberitahu tidak menyangka anaknya Muhammad Luth Ali memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan walaupun baru berusia tiga tahun.

Saharul berkongsi momen manis tersebut menerusi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam.

Video tersebut merakamkan gelagat Ali yang sedang membaca Iqra di belakang langsir.

“Mengaji belakang langsir! Ingat kan hari tu saya ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.

“Dia dengar dan cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. Insha-Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji Ali selain bersetuju dengan pendapat Saharul.

“Betul tu mengajar mengaji umur besar ni just ajar je dia sebab besar ni mereka melihat dan mendengar, dan akan mengingati apa yang didengar. Bila dah menginjak umur nanti mereka akan mula menguasai pula,” sokong @ukhty_yusra

“Yaa betul tu, budak-budak ni memang nampak macam buat tak tahu bila kita ajar tapi dorang akan cepat serap apa yang diajar kerana otak dorang mudah ingat sedari kecil. Sebab tu kena pastikan perkara-perkara baik yang budak-budak dengar dan lihat, bagus Ali,” komen @hijratul_nadiah

Terdahulu, Saharul telah mendirikan rumah tangga bersama Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Muhammad Luth Ali manakala dalam perkembangan terbaru, Deena kini hamil anak kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nampak Macam Main-Main Tapi…” Comelnya, Anak Saharul Ridzwan ‘Kantoi’ Mengaji Sorok-Sorok Belakang Langsir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*