Vide0 Trik Sofyank Lebih Hebat, Dalam AIr Juga B0leh Beraksl

Kehebatan anak muda bernama Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Saban hari ada sahaja video trik yang dihasilkannya yang membuatkan orang ramai kagum.

Bakatnya itu turut dihargai selepas menerima anugerah penghargaan oleh Astro baru-baru ini. Terbaru video trik Sofyank dikatakan lebih hebat dan menarik.


Video terbaru dari Sofyank itu dikongsikannya melalui laman Instagram milik anak muda berusia 24 tahun ini. Menerusi ruangan kapsyen, dia memberitahu ini adalah video pertama yang dimuatnaik di Tik Tok.

Perkongsiannya itu meraih lebih 70,000 tontonan biarpun baru dimuatnaik kira-kira sejam yang lalu. Dalam video terbarunya itu kelihatan Sofyank menggunakan prop seperti baju dan gelas. Lebih mengagumkan kali ini Sofyank berada di dalam kolam dan sempat membuat trik!

Berikut adalah video trik Sofyank lebih hebat yang dikongsikan olehnya:


Rata-rata warganet yang menonton video trik Sofyank lebih hebat ini memuji dan kagum dengan kebolehannya. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Wohooo. Amazinggg”

“Ni video tahap dewa ni”

“Dalam air pun sempat buat trick. Padu habis Pian hahahha”

“Salah seorang kebanggaan rakyat Malaysia. Mampu menaikkan nama Malaysia di serata dunia. Congrats Sofian”

“Powerlah bang”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: Sofyank96

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Vide0 Trik Sofyank Lebih Hebat, Dalam AIr Juga B0leh Beraksl"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*