3 Tahun Ajak Shiro Idam Motosikal Berkuasa TinggaI “Dah Sentuh Lepastu Aku Lepaskan Balik Bila Dengar Harga”

Penyampai radio dan pelawak Ajak Shiro mendedahkan sudah tiga tahun menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black.

Jelas Ajakx keinginan itu terpaksa dipendam kerana lebih mengutamakan keperluan isteri, Afifah Amin dan anak-anak mereka.

“Sebenarnya aku dah 3 tahun idamkan motor ni.. Jadi aku usaha kumpul duit pelan-pelan.. Tapi bila rezeki tu ada, mesti niat aku akan terbantut.

“Sebab aku akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu. Bukan poyo tapi sebab aku bapa.

“Keinginan aku kena letak tepi. Pernah sekali tu aku dah sentuh motor ni lepas tu aku lepaskan balik bila aku dengar harganya.

“Mungkin sesetengah orang lain rasa benda ni murah.. Tapi aku yang asalnya kerja kerajaan dan tahu duit susah nak cari, aku rasa yang motor ni mahal..

“Ramai kawan tau aku suka moto ni.. Tapi aku cuma bercerita.

“Bila mereka tanya bila Jak nak keluar motor? Aku cuma senyum je.. Kalau aku tak fikir anak-anak dah lama aku beli,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hanaffi Razak akui tidak menyangka akan menerima motosikal idaman sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.

“Tapi Alhamdulillah bini aku hadiahkan aku motor ni dan memang tak sangka langsung sebab aku dah mula lupakan pelan-pelan niat nak beli motor ni..

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Allah kau kurniakan aku isteri dan anak-anak yang hebat ni untuk bahagiakan aku di dunia ni.

“Terima kasih sayang @afifahamin sebab hadiahkan baba motor ni.

“Dulu baba beli moto Honda petak signal patah. Harga RM700 bayar empat kali untuk bawak awak.

“Tapi sekarang tak lagi. Ini semua berkat doa seorang isteri untuk suaminya. Teruskan doa untuk baba dan baba akan jaga kita,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Sebenarnya aku dah 3tahun idamkan motor ni..Jadi aku usaha kumpul duit pelan2..Tapi bila rezki tu ada,mesti niat aku akan terbantut..Sebab aku akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu. Bukan poyo, tapi sebab aku Bapa..Keinginan aku kena letak tepi… Pernah sekali tu aku dah sentuh moto ni..Lepastu aku lepaskan balik bila aku dengar harganya..Mungkin sesetengah org lain rasa benda ni murah..Tapi aku yg asalnya keje gomen, dan tahu duit susah nak cari,aku rasa yang moto ni mahal.. Ramai kawan tau aku suka moto ni..Tapi aku cuma bercerita..Bila diorang tanya bila Jak nak keluar moto? Aku cuma senyum je.. Kalau aku xfikir anak2..dah lama aku beli😊 . Tapi Alhamdulillah Bini aku hadiahkan aku moto ni dan memang xsangka langsung sebab aku dah mula lupakan pelan2 niat nak beli moto ni.. . Syukur..Alhamdulillah terima kasih Allah kau kurniakan aku Isteri dan anak2 yang hebat ni untuk bahagiakan aku didunia ni..Terima kasih sayang @afifahamin sebab hadiahkan Baba moto ni.. . Dulu Baba beli moto Honda petak signal patah. Harga 700 bayar 4 kali untuk bawak awak..Tapi sekarang xlagi🥰 . Ini semua berkat Doa seorang isteri untuk suaminya… Teruskan doa untuk Baba..Dan Baba akan jaga kita🥰👨‍👩‍👧‍👦 . #bukannakmenunjukcumanakkongsi #binibagi #kitatukangbawakaje #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "3 Tahun Ajak Shiro Idam Motosikal Berkuasa TinggaI “Dah Sentuh Lepastu Aku Lepaskan Balik Bila Dengar Harga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*