Adakah Siti Nurhaliza Akan Kembali BeraksI Tiket AJL34 Mula Dijual Khamis Ini, Harga Serendah RM30

PRODUKSI acara berprestij terbitan TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, bakal memulakan penjualan tiket kepada orang ramai dengan harga serendah RM30.

Orang ramai boleh melayari sesawang rasmi www.myticket.asia bermula 9 Januari 2020 (Khamis) bagi mendapatkan tiket menyaksikan AJL34 yang akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Februari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, penjualan tiket kali ini dijangka akan lebih pantas terjual berbanding tahun lalu berikutan persaingan para finalis yang lebih hebat berbanding tahun lalu.

Aina Abdul (kiri) dan Ernie Zakri bakal bertemu di pentas AJL34 pada 9 Februari nanti.

“Bagi memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audience di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena.

“Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audience lain pada malam 9 Februari itu nanti.

“Oleh itu para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti,” ujarnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

AJL33 menawarkan tiga jenis tiket iaitu tempat duduk aras empat berharga RM30, aras tiga (RM40) dan arena (RM60).

Maklumat lanjut mengenai AJL33 boleh didapati dengan melayari www.xtra.com.my dan perkongsian di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Adakah Siti Nurhaliza Akan Kembali BeraksI Tiket AJL34 Mula Dijual Khamis Ini, Harga Serendah RM30"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*