“Walaupun Mummy Bukan Ibu Kand0ng Qarl,..” Ini Ucapan Hanez Suraya Sempena Birthday Anak Tiri

Pelakon jelita Hanez Suraya melayangkan ucapan khas bersempena sambutan hari lahir anak tirinya, Putra Rayqarl Shah yang ke-8.

Aktres drama bersiri Autumn Di Hatiku itu mendedikasikan ucapan terbabit menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.

“Happy Birthday Rayqarl. Pejam celik dah lapan tahun dah. Semoga menjadi anak yang baik, sentiasa hormat mummy dad dan semua orang tua.

“Jangan lupa juga pada mom Qarl ya. Walaupun mummy bukan ibu kandung Qarl tapi mummy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Qarl ya.

“Buktikan pada semua Qarl menjadi anak yg berjaya dan syg pada abg dan adik2 tau. Muah,” tulis Hanez.

Berkongsi foto tiga orang anaknya, Hanez juga sempat menyelitkan eleman gurauan dalam ucapan tersebut.

“Bila tiga orang ni bergabung, mummy boleh jadi hulk. Seorang lagi yang kecil tu belum tahu lagi perangai dia. Silap-silap, mereka bertiga ni kena buli,” selorohnya.

Berkahwin dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Jais pada 14 Mac 2015, mereka menerima kehadiran dua anak perempuan iaitu Putri Aleesya dan Putri Raleensya.

Hasil perkahwinan Romie dengan bekas isteri, Nurliaya Abd Manan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putra Adreeshah dan Putra Rayqarl Shah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Walaupun Mummy Bukan Ibu Kand0ng Qarl,..” Ini Ucapan Hanez Suraya Sempena Birthday Anak Tiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*