Ada Fans Belum ‘Move 0n’.. “Chemistry Saya Dan Nabil Mungkin Susah Wujud Dengan Orang Lain..” Neelofa

Tiada lagi kelibatnya menerusi program Meletop, Neelofa yang sentiasa positif akui dia kini sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya ke Indonesia.

Malah katanya lagi, dia bakal berangkat ke sana pada Sabtu ini bagi memulakan sesi perbincangan beberapa projek di sana.

Pada masa sama, usahawan ini turut sedang dalam rangka mencari material sesuai selain merancang untuk berlakon Indonesia.

“Selepas Meletop, saya sedang cuba membina kerjaya di Indonesia. Saya akan ke sana Sabtu ini untuk sesi perkenalan dan mencari material yang sesuai untuk memulakan langkah di sana.

“Jadi saya minta semua doakan supaya keputusan yang dibuat ini membawa tuah, berkat dan dipermudahkan.

“Di sana nanti, insyaAllah saya akan memulakan kerjaya dengan filem dan kemudian baru beralih kepada program televisyen,” jelasnya.

Terdahulu, Neelofa ditemui pada Majlis Top Beauty Entrepreneur 2020 anjuran Majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.

Menyedari masih ramai peminat yang sukar untuk ‘move on’ dan masih rinduinya di set MeleTop, Neelofa menyifatkan peminat akan secara perlahan-lahan dapat menerima perubahan tersebut.

“Apa yang saya tahu, untuk beberapa minggu ini mereka akan bertukar hos Meletop setiap minggu sehinggalah waktu tiba diumumkan hos tetap secara rasmi.

“Insyaallah penonton secara perlahan-lahan akan boleh menerima pengganti saya. Tapi sebenarnya Nabil sumbangkan lebih banyak daripada saya.

“Ada atau tiada saya, Meletop masih tetap akan meletup. Tapi saya akui chemistry antara saya dan Nabil mungkin susah wujud dengan orang lain.

“Ini kerana, masing-masing ada karakter tersendiri,” ulasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Neelofa hadir bersama ibu, Datin Noor Kartini, pengasas Young & Glow bagi menerima anugerah Nona Top Beauty Entrepreneur pada majlis berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram Neelofa

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ada Fans Belum ‘Move 0n’.. “Chemistry Saya Dan Nabil Mungkin Susah Wujud Dengan Orang Lain..” Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*