“Pernah Basvh Tangan 50 Kali Sehari Tapi” Masalah KebersIhan Tak Jadi Penghalang Kerjaya Amir Nafis

Pelakon yang sedang membina nama, Amir Nafis akui mempunyai tabiat terlalu menjaga kebersihan tanpa sedar dalam kehidupan sehariannya.

Namun begitu, Amir mengatakan perkara itu tidak serius dan hanya dialami pada waktu tertentu.

“Saya mempunyai tabiat terlalu menjaga kebersihan tanpa disedari, tetapi ia selalunya datang pada waktu-waktu tertentu sahaja, bukanlah setiap masa.

“Perkara yang berlaku itu tidak sama, kadang-kadang saya kerap mencuci tangan, mengemas meja berulang kali dan macam-macam lagi.

“Pernah juga saya membasuh tangan sehingga 50 kali sehari namun ia tidaklah berlarutan dan dilakukan setiap hari,” jelas Amir.

Amir berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Talbis Iblis di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Klang pada Selasa.

Tambah Amir, perkara itu tidak menjejaskan komitmennya dalam kerjaya lakonan.

“Walaubagaimanapun, tabiat tersebut tidaklah menganggu komitmen saya ketika bekerja, saya boleh juga berlakon baring atas lantai dan sebagainya,” tambah Amir.

Selain Amir, Talbis Iblis turut dibintangi oleh Nasha Aziz, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Filem yang diarahkan oleh Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam penghujung tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pernah Basvh Tangan 50 Kali Sehari Tapi” Masalah KebersIhan Tak Jadi Penghalang Kerjaya Amir Nafis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*