“Civm Di Dahi Saya Dan Ucap…” Anzalna Nasir Kongsi Cerita Sikap Penyayang Suami

Pelakon jelita, Anzalna Nasir ada berkongsi cerita mengenai sikap suaminya, Mohd Hanif di akaun media sosial Instagram miliknya.

Difahamkan, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyambut hari ulang tahun kelahirannya, hari ini yang ke-32.

Lalu, aktres cantik ini mendedahkan sikap romantik suaminya ketika hari jadinya.

“Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees  Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.

“Semalam, 9am dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees la yang ditunggu-tunggu selama ni.

“Last night Hanif woke me up, kissed me on my forehead and wished me birthday tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahhahahahaha #9thJan,” tulisnya.

 

Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar Anzalan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sempena hari jadinya yang ke-31 tahun.

Sekadar informasi, Anzalna telah dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

Anzalna dan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Instagram Anzalna Nasir

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Civm Di Dahi Saya Dan Ucap…” Anzalna Nasir Kongsi Cerita Sikap Penyayang Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*