Dayana Amerda Umum HamIl Anak Pertama

Bintang Idola Kecil Musim Kedua, Dayana Amerda telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto imbasan ultrasound yang dimuat naik, Dayana berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

“Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu).

“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insya-Allah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik.

“Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat.

“Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian.

“Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul.

Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak.

“Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya (HR Ahmad),” tulisnya.

Dayana bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungan yang sedang dikandungnya.

Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.

Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana dan pelakon Hadi Mazlan mulai rapat menerusi drama Epit & Elly.

Cinta monyet pasangan itu membawa ke jenjang pelamin setelah mereka disatukan pada 15 Jun tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

‎ما شاء الله Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). . Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik. Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat. Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul. Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).

A post shared by دايانا (@dayanaamerda) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dayana Amerda Umum HamIl Anak Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*