Penyanyi Baru, Naufa Tampil Dengan Slngle Tlada Untukmu

Bakat baru, Naufa mempertaruhkan single pertama yang berjudul Tiada Untukmu sebagai salam perkenalan terhadap industri nyanyian tanah air.

Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah Taib, 24, berkata dirinya mula meminati bidang muzik sejak kecil lagi dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian untuk mencuba nasib dalam industri muzik.

Tampil dengan genre pop rock, lagu dan lirik daripada El Hadam ini mengisahkan tentang seorang wanita yang sering disakiti oleh kekasihnya dan tidak serius dengan cinta.

Akhirnya wanita tersebut memilih untuk melupakan bekas kekasihnya dan tidak akan kembali lagi dengan cinta lamanya.

Mesej yang ingin disampaikan adalah hargai seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai kita kerana apabila sekali seseorang itu beralih hati, tiada lagi tempat atau peluang kedua.

Bercerita mengenai single pertama Naufa, gadis ini berharap agar lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaannya untuk mengembangkan bakat di persada seni.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Penyanyi Baru, Naufa Tampil Dengan Slngle Tlada Untukmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*