Baggi0 Buka Tahun 2020 Dengan Laduni CInta

Penyanyi utama kumpulan Damasutra, Baggio membuka tahun 2020 mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Laduni Cinta.

Menurutnya, lagu ini sangat bermakna untuk dirinya kerana tahun ini Baggio ingin menghadiahkan sesuatu yang baru dan memberi makna kepada peminatnya.

Lagu ini  ditulis oleh Joe Slash yang berkonsepkan pop rock manakala liriknya pula di tulis oleh penulis lirik yang sama untuk lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi, S Amin Shahab.

“Pertama kali saya menerima lagu ini dari Joe, saya sudah terdetik untuk memanggil S Amin Shahab  kerana rindukan pengisian yang kreatif dan sangat mendalam yang boleh di hasilkan untuk komposer terbaharu seperti Joe.

“Apabila pertama kali meneliti lirik yang dihasilkan, saya yakin inilah karya yang dinanti-nantikan oleh peminat di luar sana,” katanya.

Menurut Joe pula, lagu ini mempamerkan kematangan Baggio bagi seorang penyanyi.

“Saya berbesar hati dapat mencipta sebuah lagu untuk penyanyi yang sangat berpengalaman seperti Baggio dan mencari genre yang sesuai untuknya pada zaman sekarang yang nampak ‘simple’.

“Dengan kekuatan vokal yang ada pada Baggio, saya yakin dengan lagu ini, tambahan pula penulis lirik  lagu ini, S Amin Shahab merupakan seorang yang sangat berpengalaman,” kata Joe.

Muzik video rasmi Laduni Cinta dilancarkan pada 9 Januari 2020 dan anda boleh menontonnya di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baggi0 Buka Tahun 2020 Dengan Laduni CInta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*