Kecil-Kecil Sudah Mahu Jadi Usahawan Jual Belalang. Kisah Lucu Ibu Muda Ini Buat Warganet Terhibur

Telatah anak kecil kadang-kala memang sangat menghiburkan. Mana tidaknya, idea mereka yang mencurah-curah itu kadang-kala dilihat seperti tidak masuk akal buat orang dewasa.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan satu petanda baik yang membuktikan perkembangan fikiran mereka.

Begitulah halnya yang berlaku kepada sebuah keluarga ini. Baru-baru ini, Puan Hasmi Samsuddin ada berkongsi kisah anak lelakinya yang baru bersekolah yang didakwa secara senyap-senyap telah menjadi jurujual di sekolah.

Haru dibuatnya!

Puan Hasmi memulakan kisah ragam anaknya dengan menceritakan bahawa dia ada memberi wang saku sebanyak RM2.00 kepada anak lelakinya itu sebelum anaknya ke sekolah. Namun, apabila pulang dari sekolah, anaknya meminta tabung untuk memasukkan wang tunai sejumlah RM4.00.

Hal ini membuatkan Puan Hasmi berasa hairan dan bimbang sekiranya anaknya mengambil wang saku rakan di sekolah.

“Mama hanya memberi wang sebanyak RM2.00. Bagaimana pula boleh ada RM 4.00? Adakah kamu mengambil wang kawan kamu?” soal Puan Hasmi menahan marah.

“Saya tidak mengambil wang dari kawan, saya hanya menjual belalang!” jawab anak lelakinya dengan penuh naif.

Gambar hiasan/Unsplash

Lucu sekali! Pastinya jawapan tersebut bukan sesuatu yang disangka-sangka oleh Puan Hasmi!

Ternyata kiriman ini telah mendapat perhatian ramai kerana gelagat anak Puan Hasmi ini sememangnya sangat lucu! Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman Puan Hasmi telahpun tular sehingga mendapat sebanyak lebih dari 6,300 reaksi, lebih dari 3,900 perkongsian dan lebih dari 1,600 komen dari warganet yang rata-ratanya berasa sangat terhibur.

Malahan, ada juga antara warganet yang berkongsi kisah ragam anak mereka yang menjual kuih-muih yang dibekalkan oleh mereka sebelum ke sekolah.

Bijak sungguh anak muda zaman sekarang!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Era

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kecil-Kecil Sudah Mahu Jadi Usahawan Jual Belalang. Kisah Lucu Ibu Muda Ini Buat Warganet Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*