“Macam Orang Mengant0k Disor0ngkan Bantal” Awal Tervja Bergand!ngan Dengan Sherry Dan Haziq Kendal! AJL34

Pengacara Awal Ashaari akui tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran bagi mengendalikan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) sebagai hos.

Jelas Awal, walaupun ini bukan kali pertama dirinya mengendalikan anugerah berprestij itu, namun perasaan teruja tetap tidak dapat dibendung.

“Setiap tahun mereka ada variasi pengacara yang akan mengendalikan AJL. Kadang-kadang mengekalkan pengacara tetap program Muzik-Muzik dan ada masa akan bercampur.

“Apabila tahun ini sekali lagi ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada AJL, memang saya tak fikir panjang. Ini adalah program yang memang saya nak buat.

“Saya dapat tawaran ini sebelum tahun 2020, kira-kira dua minggu sebelum berakhirnya 2019.

>”Kalau tak salah saya, ini adalah kali ketiga saya berada di pentas AJL. Saya diibaratkan seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal,” katanya kepada Gempak.

Awal ditemui pada majlis sidang media AJL 34 yang berlangsung di De.Wan 1958 by Chef Wan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Tambah suami kepada aktres Scha Alyahya ini, dia berasa bertuah apabila akan bergandingan bersama pengacara tetap program Muzik-Muzik, Sherry Alhadad dan Haziq Husni.

“Sherry dan Haziq adalah pengacara tetap untuk Muzik-Muzik. Jadi ia memberi kelebihan di mana saya tidak perlu risau sangat tentang teknikaliti program tersebut.

“Saya bertuah apabila dapat bergandingan dengan mereka sebab sudah tentu masing-masing lebih arif.

“Tapi itu tidak bermakna saya boleh mengambil kesempatan. Saya masih perlu ‘study’ untuk lebih faham.

“Dalam masa yang sama, saya perlu fikir macam mana ingin memeriahkan suasana pada malam tersebut dan menbuatnya bergerak dengan lancar,” ujarnya lagi.

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang mempertaruhkan 12 karya mengangkat tema Warna-Warna Suara akan disiarkan secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 9 Februari.

Tiket yang dijual pada harga serendah RM30 boleh dibeli di www.myticket.asia mulai 9 Januari jam 9 malam.

Para peminat AJL34 boleh dapatkan tiket mengikut aras tempat duduk yang dikehendaki iaitu Arena (RM60), Aras 3 (RM40) atau Aras 4 (RM30).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Orang Mengant0k Disor0ngkan Bantal” Awal Tervja Bergand!ngan Dengan Sherry Dan Haziq Kendal! AJL34"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*