“Nak Angkat Anak Pun Tak B0leh” Teruskan Flsi0terapl, Slip Disc Hafiz Suip Semakln Pvlih

Penyanyi Hafiz Suip mengakui masalah kesakitan tulang belakang (slip disc) yang dialaminya semakin pulih.

Hafiz bagaimanapun dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti lasak atau mengangkat bebanan berat sehingga betul-betul sembuh.

“Alhamdulillah otot-otot bahagian belakang saya sudah semakin baik dan boleh menampung berat badan saya.

“Sebelum ini nak berdiri dan duduk pun sakit. Malah, nak angkat anak pun tak boleh… Melainkan kena jaga postur badan dengan betul.

“Buat masa sekarang saya masih mengikuti sesi fisioterapi seperti dinasihatkan oleh doktor yang merawat dan mudah-mudahkan semakin baiklah,” katanya.

Hafiz yang ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-34 di De’Wan by Chef Wan Kuala Lumpur semalam dinasihati untuk mendapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Hafiz pernah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan sama pada 2015 dan sekali lagi berdepan situasi sama pada Mac 2018.

Selain itu, Hafiz mengakui berdepan masalah suara akibat kurang rehat dan tekanan menjelang AJL34.

“Risau juga sudah hampir AJL34 tiba-tiba suara pula serak-serak. Mungkin tak cukup rehat kerana terlalu fikirkan tentang persiapan.

“Tak mustahil juga keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,” tambahnya.

Hafiz mempertaruhkan lagu Kisah Cinta Kita untuk AJL34 dan bakal berentap dengan 11 finalis lain pada 9 Februari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Angkat Anak Pun Tak B0leh” Teruskan Flsi0terapl, Slip Disc Hafiz Suip Semakln Pvlih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*