“Saya Sudah Rasa Berada Di Pvncak” Aweera Harap Pelita Lus0h Kembalikan Namanya Dalam IndustrI

PENYANYI Aweera tidak menafikan industri muzik kini memberi tumpuan kepada kemunculan penyanyi-penyanyi baharu atau budak-budak Baru nak up (BBNU).

Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norriyissham, 28, berkata, dia pernah melalui zaman puncak itu satu ketika dahulu.

Aweera bersama kumpulan terbaharunya iaitu kumpulan Pelita Suluh

“Ya mazing-masing ada zaman, saya sudah rasa berada di kemuncak kerjaya sebelum ini seperti mereka.

“Namun perkara itu tidak membuatkan saya kesal dan saya tidak akan berhenti selagi peminat masih menerima kehadiran saya dalam indusri,” ujarnya kepada mStar.

Aweera ditemui pada sidang media Ekspo Jom Niaga Jelajah Johor yang diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya juga berharap agar kumpulan ini dapat menjadikan saya masih bertapak di industri muzik Malaysia

AWEERA

PENYANYI

Sementara itu, bekas vokalis Mojo dan Prime Domestic ini percaya kumpulan baharu iaitu Pelita Lusoh bakal mengangkat kembali namanya dalam industri.

“Kumpulan Pelita Lusoh sudah menjadi rumah untuk saya, jadi saya akan memberikan yang terbaik.

“Saya juga berharap agar kumpulan ini dapat menjadikan saya masih bertapak di industri muzik Malaysia,” katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharu kumpulan Pelita Lusoh bakal melancarkan album pertama mereka dalam terdekat.

“Kami baru sahaja habis rekod lagu untuk album terbaharu yang dijangka dikeluarkan dalam bulan Februari.

“Kami juga sudah mempunyai syarikat pengurusan sendiri yang akan melahirkan artis-artis bawah naungan kami,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Sudah Rasa Berada Di Pvncak” Aweera Harap Pelita Lus0h Kembalikan Namanya Dalam IndustrI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*