“Aku Certaphil Pun Dah Rasa Mah4l” Baru 11 Tahun Tapi Pr0duk SkIncare Cec@h RIbuan RInggit

Zaman sekarang ni kalau video tutorial make up atau skincare routine bukan sesuatu yang baru kan? Terutamanya kalau orang tu influencer ke selebriti ke, lagilah orang nak tahu produk yang dorang guna.

Baru-baru ni kecoh di Twitter tentang seorang kanak-kanak dari Korea menggunakan produk skincare yang sangat mahal hingga mencecah puluhan ribu ringgit!

Pakai produk La Mer

La Mer adalah produk mewah terkenal dan juga merupakan anak syarikat Estee Lauder. Bagi yang tak tahu, memang produk La Mer berharga ribuan ringgit dan kini boleh didapati di Malaysia.

“Kenapa mahal sangat?”

Ramai netizen mempersoalkan harga produk La Mer ni tapi yang paling jadi bualan dan topik hangat adalah kanak-kanak tersebut yang dah pakai produk mewah tu walaupun baru berusia 11 tahun.

Rupa-rupanya, influencer dari Korea

Kanak-kanak itu rupa-rupanya merupakan seorang influencer cilik terkenal dari Korea iaitu Ella Gross dan juga merupakan ambassador untuk La Mer bagi kempen Blue Heart Dive.

Ella yang juga merupakan kacukan Korean-American adalah trainee serta pelakon dan model di bawah naugan The Black Label, YG Entertainment. Ella juga lebih dikenali dengan nama ‘Little Jennie’ di Korea.

“Weh mahal gila”

Ramai netizen terkejut dengan harga produk La Mer ni tapi mereka juga faham sudah tentu Ella dapat semua tu secara percuma memandangkan dia ambassador La Mer.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : video viral

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Aku Certaphil Pun Dah Rasa Mah4l” Baru 11 Tahun Tapi Pr0duk SkIncare Cec@h RIbuan RInggit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*