Nora Danish Tak Dapat Restu Warganet Untuk Bawa Watak Sams3ng Sebab Baby Face

Pelakon cantik dan juga seorang ibu Nora Danish menyimpan hasrat untuk membawa watak samseng jika diberikan peluang. Luahan Nora itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, baru-baru ini.

Namun, ramai yang melontarkan pendapat negatif bahawa wajahnya yang comel itu tidak sesuai langsung untuk membawa watak ganas.

Menurut Nora, dia teringin untuk membawa watak berkenaan sebaik saja habis menonton filem Young & Dangerous 3.

“Lepas tengok ‘Young & Dangerous 3’ lagi sekali, teringin Nak bawak watak chicken.

“Siapa setuju saya bawa watak samseng? Watak ganas la pulak please,” tulisnya di IG.

Namun, ada juga peminat yang tidak sabar untuk melihat Nora membawa watak tersebut walaupun mukanya yang agak comel macam baby facei.

Jadi, apa pendapat anda? Nora Danish bakal kembali membawa watak Anis menerusi filem aksi Polis Evo 3 dan penggambarannya telah bermula, baru-baru ini. Semoga Nora Danish terus berjaya dan kurangkan kontroversi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Nora Danish Tak Dapat Restu Warganet Untuk Bawa Watak Sams3ng Sebab Baby Face"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*