“Berapa Umur Mak?,” – Beri Dedlkasi Sejurus Genggam Ijazah, Kecantikan Ibu Nadiyah Shahab Pula vndang Perhatian

Selepas berkongsi berita gembira berjaya menggengam segulung ijazah selepas kira-kira tujuh tahun menuntut ilmu baru-baru ini, perkongsian terkini di Instagram pelakon dan ushawan, Nadiyah Shahab sekali lagi ‘memancing’ mata netizen apabila figura si ibu pula yang diperkatakan.
Masakan tidak, keduanya dilihat menawan dan ada di antara peminat yang tidak menyangka wanita yang dipeluk isteri kepada Ben Ali itu merupakan ibu tercintanya.

Ramai memuji keduanya dan ada yang menyifatkan si ibu yang kekal awet muda meski usianya sudah mencecah 54 tahun kelihatan seperti kakak kepada Nadiyah.

Sehingga kini, ratusan komen telah ditinggalkan menerusi entri berkenaan dan ada di antaranya turut dibalas pelakon Asalkan Kau Bahagia itu.

Terdahulu mengimbas sukses yang dilakarkan, Nadiyah berjaya memperolehi Ijazah Perundangan dari University of London dan majlis graduasi telah pun selesai minggu lalu.

Nadiyah yang pernah digelar sebagai ‘Barbie Doll Malaysia’ atas rupa fizikalnya mendirikan rumah tangga bersama Ben Ali pada November 2018.

Foto: Instagram Nadiyah Shahab

Be the first to comment on "“Berapa Umur Mak?,” – Beri Dedlkasi Sejurus Genggam Ijazah, Kecantikan Ibu Nadiyah Shahab Pula vndang Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*