“Baju Dan Pr0ps Hampir Seribu Pasang…” Nasha Aziz Pernah Berbelanja Besar Untuk Penggambaran

Aktres popular, Nasha Aziz, 49, akui telah berbelanja besar pada usia mudanya untuk membeli pakaian dan props dalam filem dan drama lakonannya.

Menurut Nasha, dia tidak kisah untuk mengeluarkan wang sendiri kerana dia mencintai dunia lakonan.

“Dahulu, saya memang banyak berbelanja membeli pakaian, kasut dan props untuk dipakai ketika berlakon.

“Saya sering ditawarkan watak wanita kaya, jadi saya harus mencari inisiatif sendiri dengan membeli apa yang diperlukan untuk menghidupkan watak sebegitu.

“Jika dihitung semula, boleh saya katakan semua baju, kasut dan props lain menghampiri seribu pasang secara keseluruhan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Nasha kini memilih untuk tidak lagi berbelanja besar kerana mahu memanfaatkan wang pada kegunaan lain.

“Sekarang, saya merasakan lebih elok saya memilih watak yang tidak memerlukan saya berbelanja besar.

“Untuk perigkat umur sekarang, sudah tentu saya akan memanfaatkan wang pada kegunaan lain yang lebih penting,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Nasha bakal muncul dalam filem terbaru lakonannya iaitu Talbis Iblis.

Selain Nasha, filem tersebut turut dibintangi oleh Zul Arifin, Azira Shafinaz, dan Amir Nafis.

Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam pada penghujung tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Baju Dan Pr0ps Hampir Seribu Pasang…” Nasha Aziz Pernah Berbelanja Besar Untuk Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*