Liyana Jasmay Ber@ng Caranya Bertvdung Dikritlk

Selepas hampir dua tahun mengenakan hijab pada 2017, sejak kebelakangan ini cara pemakaian tudung Liyana Jasmay menjadi perhatian ramai dan sering dikritik. Malah ada netizen mendakwa pelakon itu seolah mempermainkan agama.

Melihat penampilannya kini, Liyana dilihat lebih selesa memakai topi atau ‘snowcap’ dengan pelbagai gaya. Susulan cara pemakaiannya itu ada yang mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.

Mungkin tidak tahan dengan segala kecaman netizen terhadap dirinya, Liyana meminta netizen agar tidak sibuk dengan kehidupannya dan caranya memakai hijab. Malah, Liyana turut menegaskan mereka yang mengkritiknya tidak tahu tentang fesyen.

Bagaimanapun, kenyataanya itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang seolah menghina orang kampung. Kata netizen lagi, hina sangatkah orang kampung sehingga perlu mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Dalam pada itu, netizen turut menyifatkan kenyataan Liyana itu seperti ‘tiada kelas’. Tidak bersetuju dengan kenyataan Liyana itu, seorang netizen mengatakan pakai hijab dengan sempurna bukan orang kampung tetapi wanita memakai hijab adalah untuk menutup aurat.

Meskipun ramai yang mengecam, namun masih ramai cuba memberikan teguran secara baik dan mendoakan agar pelakon itu terus istiqimah untuk terus berhijab.  Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Liyana Jasmay Ber@ng Caranya Bertvdung Dikritlk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*