Budak 12 Tahun Lukis Pelan Rumah Macam Profesional

Bayangkan baru sahaja berusia 12 tahun tapi adik ini sudah pandai melukis pelan rumah seperti seorang pelukis pelan profesional. Bakat adik yang bernama Airiel Haziq ini dicungkil oleh ibubapanya sendiri sejak dua tahun lalu. Ini kisah mengenai budak 12 tahun lukis pelan macam profesional!

Kisah mengenai adik Airiel Haziq ini mula tular di sosial media selepas dikongsikan di Facebook. Melalui perkongsian itu, bapanya sendiri terjumpa banyak lakaran rekaan rumah atau bangunan moden di atas meja anak sulung itu.

Pada waktu itu umur Airiel Haziq sekitar 10 atau 11 tahun. Kemudiannya ibu kanak-kanak ini mula membelikannya drawing board, T Square set dan lain-lain lagi.

Melihatkan bakat luarbiasa kanak-kanak itu, bapanya mula membelikan buku-buku rujukan lukisan perspektif atau kejuruteraan tingkatan 4 dan 5 dari DBP. Selepas dari itu, Airiel Haziq mula melukis menggunakan aplikasi sketch up.

Tambah bapanya lagi, baru-baru ini mereka mahu buat pengubahsuaian di bahagian dapur basah dan bilik air. Jadi mereka serahkan tugas untuk rekaan projek pengubahsuaian tersebut pada Airiel Haziq.

Berikut antara hasil lakaran dari kanak-kanak berusia 12 tahun ini:

Perkongsian mengenai budak 12 tahun lukis pelan macam profesional ini telah meraih hampir 1,000 shares dan rata-rata netizen memuji kebolehan serta bakat adik ini. Berikut antara komen yang ditinggalkan:

“Boleh wat duit sendiri dik..Freelance buat plan…”

“Hebat! Semoga terus maju dik…”

“Ini la yang kita mahu..diluar imagination seorang kanak2…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mohd Hardy / Viral Media Johor

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Budak 12 Tahun Lukis Pelan Rumah Macam Profesional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*