Imbau Lakonan Puteri Balqis Di Maharaja Lawak Mega

Sejak akhir-akhir ini kisah mengenai nasib malang seorang pelakon kanak-kanak Puteri Balqis menjadi tular. Dikesempatan itu ada yang mengimbau bakat hebat lakonan anak kecil ini di pentas Maharaja Lawak Mega satu ketika dulu.

Kehidupannya yang berubah 360 darjah menjadi bualan hangat netizen. Namun di sebalik kesedihannya itu, ketabahan anak ini membuatkan ramai kagum.

Biarpun begitu, seorang pengguna Twitter dengan nama akaun SyafaatNasir berkongsikan sedikit sedutan video hasil lakonan Puteri Balqis di Maharaja Lawak Mega satu ketika dulu.

Dalam rakaman hanya berdurasi kurang dari seminit itu kelihatan Puteri Balqis berlakon dengan bersahaja bersama kumpulan Bocey. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan individu ini:

Biarpun masih kecil namun lakonannya cukup bersahaja!

Video yang dikongsikannya ini telah membuatkan ramai terimbau akan bakat insan bernama Puteri Balqis ini. Perkongsiannya itu telah meraih lebih 220,000 tontonan dan 14,000 retweets serta 15,400 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai Puteri Balqis di Maharaja Lawak Mega ini di ruangan komen seperti berikut:

“Rindu nak tengok Balqis ceria macam ni”

“Hahahah ape wek wek ape wek wek hahaha”

“Aku harap orang nampak lah bakat dia ni, berlakon gempak. Tapi bila dia susah, ramai yang tolak untuk tolong dia. Kesian dia”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:SyafaatNasir

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Imbau Lakonan Puteri Balqis Di Maharaja Lawak Mega"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*