“Ketika Itu Dia Sedang Sedih Dan BermasaIah” Yonnyboii Ubah Lagu Demi Zynakal

PENYANYI rap baharu iaitu Yonnyboii memberitahu pada awalnya lagu duet bersama penyanyi Zynakal berjudul Sakit sepatutnya dinyanyikan secara solo.

Bagaimanapun, menurut Yonnyboii, 21, penyanyi berkenaan berminat untuk berkolaborasi dengannya selepas mendengar lagu tersebut.

“Lagu itu saya memang cipta secara ikhlas untuk Zynakal yang ketika itu saya lihat dia sedang sedih berhadapan dengan pelbagai masalah.

Yonny cipta lagu khas buat Zyn secara ikhlas.

“Sebenarnya tajuk asal lagu Sakit itu adalah Zyn Jangan Sedih dan sepatutnya saya menyanyi secara solo tapi lepas saya beri Zyn dengar lagu itu, dia suka pula.

“Zyn berminat nak beri idea dari segi penambahan lirik yang menceritakan luahannya. Jadi, kami buat keputusan untuk menyanyikannya secara duet,” katanya kepada mStar.

Yonnyboii ditemui ketika sidang media pelancaran lagu Sakit duet bersama Zynakal di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya baru-baru ini.

“Kami berdua masih orang baharu dalam industri, untuk dibandingkan dengan Malique itu memang sangat jauh.”

YONNYBOII

PENYANYI RAP

Lagu ciptaan mereka berdua itu sudah mencecah lebih 4 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 20 Disember tahun lalu.

Lirik lagu tersebut mendapat pujian namun ada juga segelintir netizen membuat perbandingan mereka dengan penyanyi rap terkenal iaitu Malique.

Dalam pada itu, Yonnyboii dan Zynakal mengakui perjalanan mereka dalam industri masih jauh untuk dibandingkan dengan Malique.

Yonny jadikan Malique sebagai idolanya.

Biarpun menjadikan Malique sebagai idola namun bagi Yonnyboii, setiap orang mempunyai karya tersendiri.

“Kami berdua masih orang baharu dalam industri, untuk dibandingkan dengan Malique itu memang sangat jauh.

“Memang kami menjadikan dia sebagai idola. Tapi bagi saya, masing-masing ada kelebihan dan karya tersendiri,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ketika Itu Dia Sedang Sedih Dan BermasaIah” Yonnyboii Ubah Lagu Demi Zynakal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*