Terdahulu pernah kecoh industri hiburan apabila penyanyi dikenali sebagai Fairuz Misran memiliki iras seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Malah Fairuz Misran semakin mendapat perhatian apabila suaranya juga seakan sama dengan seniman hebat itu sehinggakan ramai akui terubat rindu gara-gara penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu.
Terbaru, dia dijemput hadir sebagai tetamu menerusi program popular Meletop selasa bersama dengan seorang penyanyi wanita, Baby Shima.
Netizen ‘terubat’ rindu lihat Fairuz Misran
View this post on Instagram
Memang betul ada gaya Saloma & P.Ramlee lah @babyshimaofficial @fairuzmisranofficial ni 😍😍😍 #MeleTOP
Ini kerana bagi mempromosikan lagu gandingan mereka bertajuk Ikatan Asmara dan ternyata, kemunculan Fairuz Misran dan Baby Shima yang turut menyanyikan lagu berkenaan menjadi perhatian ramai.
Dalam pada itu, menerusi sekeping foto dikongsikan tersebut yang dapat dilihat Baby Shima dan Fairuz Misran tersenyum gembira di set Meletop sekali lagi membuatkan netizen meluahkan rasa yang sama iaitu terubat rindu dengan seniman agung yang amat disegani itu.
Foto berkenaan sejak kini meraih lebih 27,000 tanda suka daripada peminat lagu mereka serta netizen yang turut menyukai nyanyian Fairuz Misran.
View this post on Instagram
Kemain ligat hos hos menari eh 😂 throwback zaman dulu dulu lagu Ikatan Asmara ni 😍 layannn #MeleTOP
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial juga memberikan maklum balas positif buat gandingan Fairuz Misran dan Baby Shima yang sangat sesuai.
Ternyata juga, netizen turut mengharapkan akan lebih banyak lagu seperti gandingan mereka dikeluarkan.
“Sedap arr duet diorg…”
“Memang sama sangat…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber: Meletop
PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Netizen ‘Terubat’ Rindu Dengan P. Ramlee Bila Lihat Fairuz Misran"