“P0pular Sekelip Mata” Issabelle Dapat Hadiah Dari Pengarah ‘Didi And Friends’

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial mengenai gelagat comel seorang murid tahun satu yang menari sambil menyanyikan lagu Mengantuk Mumia dalam rancangan kartun Didi & Friends.

Selepas video pendek itu tersebar, kini budak perempuan itu telah dijemput ke program Meletop sebagai tetamu undangan pada malam tadi.

Semasa program itu berlangsung, Issabelle kelihatan sangat selesa dan fasih menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh hos iaitu Nabil Ahmad dan hos jemputan, Sherry Alhadad.

Menerusi program tersebut, Issabelle menjelaskan bahawa pakciknya yang mula memperkenalkan video tersebut sehingga tertarik untuk menari.

Lebih menarik apabila pengarah siri animasi Didi & Friends iaitu Sinan Ismail dan penulis lirik lagu Mengantuknya Mumia, Geko turut hadir ke program itu bagi memberikan penghargaan kepada Issabelle.

Untuk pengetahuan semua, rancangan animasi kanak-kanak itu telah berjaya mendapat anugerah Best Pre School Programme Asian Television Award 24th di Manila, Filipina pada 11 Januari yang lalu.

Sejak videonya tular, pengikut Issabelle di laman Instagram turut mencecah setengah juta dan mula dipanggil ke stesyen-stesyen tv dan radio.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Youtube , MeleTOP , Issabelle

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“P0pular Sekelip Mata” Issabelle Dapat Hadiah Dari Pengarah ‘Didi And Friends’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*