“Bawa Bayi Usia 5 Hari Ke Klinlk Untuk Check Up Tanpa Isteri,” Sudahnya Jadi ‘Bvalan’ Makcik Bawang

Isteri yang baru lepas bersalin perlukan penjagaan dan perhatian yang rapi. Sebagai seorang suami, berikan sokongan moral bagi menguatkan lagi mental dan fizikal si isteri setelah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang tersayang. Selain itu, bantu isteri dalam hal penjagaan bayi yang baru sahaja lahir.

Menerusi Facebook Muhammad Taqiyyudin berkongsi kisah di mana dia membawa anak yang baru berusia tidak lebih 5 hari ke sebuah klinik kesihatan untuk mendapat rawatan susulan. Dia hanya pergi berseorangan sambil membawa anaknya tanpa ditemani si isteri. Hal ini kerana isterinya sedang berpantang.

Mana isteri? Tak datang ke?

Menurutnya, semasa tiba di klinik keshatan untuk memeriksa keadaan anaknya yang mengalami demam kuning, dia disapa oleh seorang jururawat yang bertanyakan tentang di mana ibu kepada anaknya. Persoalan dihatinya, adakah perlu untuk membawa isteri yang baru lepas bersalin tidak sampai 5 hari.

Jarang suami bawa anak sorang

Dia turut mendengar perbualan antara jururawat yang memberitahu bahawa sukar untuk mendapat suami yang sanggup pergi ke klinik kesihatan bersendirian tanpa ditemani isteri. Dia turut menyedari bahawa ramai suami yang masih belum menyedari peranan sebagai seorang suami apabila isteri telah melahirkan anak.

Tugas berat seorang isteri

Baginya, dalam tempoh isteri berpantang, isteri sepatutnya menerima layanan yang istimewa. Kesakitan semasa bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat sukar untuk digambarkan oleh lelaki. Suami sepatutnya mengambil alih tugas isteri selepas isteri bersalin. Di situ, suami dapat merasakan bertapa beratnya tugas isteri yang dianggap remeh oleh sesetengah lelaki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Muhammad Taqiyyudin

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bawa Bayi Usia 5 Hari Ke Klinlk Untuk Check Up Tanpa Isteri,” Sudahnya Jadi ‘Bvalan’ Makcik Bawang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*