“Pernah Cipta Fen0mena,” Drama Terbaik 7 Hari Mencintaiku 2 Bakal Ditayangkan

Buat peminat setia drama tempatan, rasanya ramai masih mengingati drama bersiri bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Manakan tak, drama berkenaan pernah mencetuskan fenomena baru sekitar tahun 2016 lalu.

Rata-rata penonton juga telah menyifatkan drama berkenaan merupakan ‘Drama Melayu Terbaik’.

Drama ini dikatakan sarat dengan pengajaran yang melibatkan hubungan suami isteri, ahli keluarga dan sahabat. Apatah lagi, drama berkenaan dilakonkan oleh beberapa orang pelakon hebat yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Diantaranya, Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi yang pastinya hebat-hebat belaka.

Bagaimanapun, menariknya pula pelakon popular Syazwan Zulkifly seperti memberikan bayangan bahawa penonton bakal menemui drama berkenaan untuk musim kedua.

 

View this post on Instagram

 

Helmi and sofi is back.Apa cerita kali ni #7harimencintaiku2 ? Akan datang @tv3malaysia

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Berkongsikan sekeping foto bersama pelakon Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly menerusi kapsyen menulis watak mereka dan menggunakan hashtag drama popular itu.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan dilaman Instagram milik pelakon wanita itu juga turut ada memuat naik beberapa keping foto sedang menjalani pengambaraan drama berkenaan bersama pelakon, Lisa Abdullah.

 

View this post on Instagram

 

Macam2 gaya nak ingatkan dialog. Siapa ingat lagi watak Mak Leha dan Sofi? . . #7harimencintaiku2 #sofi #makleha

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

7 Hari Mencintaiku cetus fenomena

Drama7 Hari Mencintaiku ini terdahulu mewarnai slot Akasia di siaran televisyen, TV3 dan ternyata ia mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Jadi tidak hairanlah menerusi posting Syazwan Zulkifly itu ramai meluahkan rasa tidak sabar dan meninggalkan pelbagai maklum balas diruangan komen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Syazwan ZulkiflyWan Sharmila

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pernah Cipta Fen0mena,” Drama Terbaik 7 Hari Mencintaiku 2 Bakal Ditayangkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*