“Dah Seminggu Asyik Demam Malam.. Suhu Badan 40 Darjah Celcius ..” Anak Fizi Ali Bebas Inflvenza A

Penyampai radio Fizi Ali mengesahkan anak perempuannya, Ameena Sofia tidak dijangkiti Influenza A atau denggi.

Walaubagaimanapun, menurut Fizi, Ameena masih ditahan di hospital kerana akan demam pada waktu malam.

“Sebenarnya dah seminggu Ameena asyik demam malam. Dalam pukul 2 pagi hari tu, tiba-tiba seluruh badan dia naik bintik-bintik dengan suhu badan yang tinggi, 40 darjah celsius.

“Kami jadi panik dan kelam kabut, itu yang terus bawa dia ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan dan ujian darah diambil, Alhamdulillah Ameena tidak dijangkiti Infleunza A ataupun denggi.

“Namun, Ameena masih perlu ditahan kerana ada beberapa pemeriksaan lanjut akan dibuat.

“Saya harap semua orang akan terus mendoakan semoga Ameena cepat sembuh seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.

Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini, dia akui tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat keadaan puteri tunggalnya yang jatuh sakit.

“Saya memang berasa sedih melihat keadaan Ameena yang terlantar sakit. Sama juga dengan apa yang dirasai Shakilla.

“Kalau boleh biarlah sakit tu pergi dekat kami ja. Janganlah anak kami yang sakit,” katanya lagi.

Terdahulu, Shakilla mendedahkan Ameena dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Seminggu Asyik Demam Malam.. Suhu Badan 40 Darjah Celcius ..” Anak Fizi Ali Bebas Inflvenza A"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*