Kel0pak Mata Budak Umur 6 Tahun Terk0yak” Gara-gara Terkena Besi Penggant0ng Di Kedai Pakaian

SEORANG budak perempuan yang riang dan ceria mengalami kesan parut seumur hidup apabila kelopak matanya terkoyak selepas dia terjatuh dan mukanya terkena rak pakaian di sebuah premis.

Cecilia Chen, enam tahun, hampir buta gara-gara insiden itu yang mana dia pergi membeli-belah bersama neneknya di gedung Chatswood Chase di Lower North Shore, Sydney, Australia minggu lalu.

Kanak-kanak itu yang baru meraikan ulang tahunnya tiga hari sebelum kejadian mahu membeli baju berwarna merah jambu, justeru neneknya membawa Cecilia ke premis Kmart.

Ketika nenek Cecilia sedang melihat baju-baju yang dipamerkan, kanak-kanak itu ternampak baju merah jambu yang digantung dan melompat untuk mengambilnya.

Keadaan kanak-kanak itu yang cedera akibat terkena rak pakaian.

Dia bagaimanapun tidak dapat mengawal badannya dan terjatuh, menyebabkan mata kanannya cedera terkena cangkuk besi di bahagian rak bawah.

Kelopak mata Cecilia, termasuk bulu matanya terkopek dan dia meraung kesakitan.

Ibunya, Jill Huang bergegas datang dari tempat kerja sebelum ambulans membawa mereka ke Hospital Kanak-kanak Randwick.

Selepas menunggu selama tujuh jam, Cecilia menjalani pembedahan kelopak mata selama empat jam pada malam itu, tetapi ibunya berkata keadaannya tidak akan sama seperti sebelum ini.

Mengimbas kembali kemalangan yang berlaku pada 8 Januari itu, Huang memberitahu Daily Mail: “Cecilia nak beli baju merah jambu dan neneknya membantu dia mencari saiz yang sesuai.

“Cecilia ternampak baju merah jambu tergantung di satu rak tinggi dan cuba mencapainya tetapi ia terlalu tinggi sehingga dia hilang keseimbangan dan jatuh pada rak yang lebih rendah.

“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Neneknya tak dapat buat apa-apa untuk menghalangnya,” katanya.

Kejadian melibatkan kanak-kanak ini berlaku pada minggu lalu.

Huang berkata anak perempuannya menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki otot kelopak mata dan kelenjar lacrimal.

“Nasib baik bola matanya tidak rosak, tetapi masa yang lama akan diambil untuk melihat Cecilia kembali normal.

“Kelopak mata kanannya akan ‘jatuh’, kecil dan tidak kelihatan sama. Dia sangat sedih dan takut,” katanya.

Huang kini sedang berkempen supaya Kmart menggunakan rak pakaian lebih selamat untuk kanak-kanak.

Kmart pula sedang menyiasat kemalangan itu.

Seorang jurucakap memberitahu Daily Mail: “Di Kmart Australia keselamatan pelanggan dan keluarga mereka adalah keutamaan kami.

“Kami dalam proses untuk meninjau sebarang kecederaan yang dialami oleh pelanggan atau staf di kedai kami dan kami sedang meneliti pilihan keselamatan untuk mengurangkan risiko kecederaan yang terjadi pada masa depan.

“Kami saling berhubung dengan keluarga pelanggan secara langsung berhubung kejadian ini dan Cecilia dan keluarganya sentiasa dalam ingatan sepanjang proses pemulihan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kel0pak Mata Budak Umur 6 Tahun Terk0yak” Gara-gara Terkena Besi Penggant0ng Di Kedai Pakaian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*