“Setiap Pengacara Mempunyai Kekuatan Dan Kelebihan ” Ini Jawapan Awal Ashaari Bila Dibanding Dengan Alif Satar

Pengacara Awal Ashaari akui akan ada segelintir netizen yang membandingkan caranya mengacara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) dengan selebriti versatil Alif Satar.

Jelas Awal, masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk memastikan anugerah berprestij itu berjalan lancar.

“Setiap pengacara mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Alif mempunyai satu aura dan juga kredibiliti yang hanya dia saja yang ada.

“Saya juga mempunyai cara mengacara yang tersendiri. Kalau orang luar nak bandingkan memang akan ada

“Namun, ia ada perbezaan apabila mengacara berdua dengan bertiga. Tapi saya tidak khuatir dan akan ambil yang positif kerana Alif kawan saya,” katanya

Awal bakal bergandingan bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni dalam AJL 34 yang akan diadakan pada 9 Februari ini.

Tambah suami kepada aktres Scha Alyahya ini, dia mendedahkan Alif merupakan salah seorang peserta rancangan realiti One in a Million musim pertama pada 2006.

Ketika itu, Awal bersama Marion Caunter menjadi pengacara program terbabit.

“Alif merupakan salah seorang peserta yang pernah berada dalam program yang saya mengacara.

“Tiada istilah untuk berlawan atau melihat siapa lagi bagus. Alif adalah junior saya yang juga mempunyai bakat yang sangat besar,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Setiap Pengacara Mempunyai Kekuatan Dan Kelebihan ” Ini Jawapan Awal Ashaari Bila Dibanding Dengan Alif Satar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*