Kerana Mama, Akhirnya Kim Tae Hee Buka Akaun Instagram

Pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee akhirnya membukan akaun Instagram peribadi miliknya.

Difahamkan Tae Hee membuka akaun tersebut untuk mempromosikan drama terbarunya berjudul ‘Hi Bye, Mama’.

Lebih manis lagi, posting pertamanya adalah foto bersama trak makanan yang dihantar oleh rakan baiknya aktres Honey Lee di set penggambaran drama tersebut semalam.

“Honey yang sentiasa menceriakan saya dengan menghantar makanan snack di hari pertama penggambaran berlangsung.

“Terima kasih, walaupun berasa kurang sihat saya tetap menjalani penggambaran dengan penuh kekuatan. Terima kasih banyak-banyak sahabat,” tulisnya.

Terdahulu, Tae Hee dan penyanyi popular Korea, Rain telah melangsungkan perkahwinan pada 19 Januari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 25 Oktober tahun yang sama.

Manakala cahaya mata kedua mereka dilahirkan pada 10 September 2019.

‘Hi Bye, Mama’ merupakan kemunculan semula Tae Hee dalam dunia lakonan selepas berehat.

Ini merupakan produksi drama pertama Tae Hee berlakon selepas lima tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kerana Mama, Akhirnya Kim Tae Hee Buka Akaun Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*