“Selepas Tinggalkan Istana,” Putera Harry Dan Meghan Markle Akan Lepaskan GeIaran Diraja

Isu berkaitan Putera Harry dan Meghan Markle yang dikatakan telah membuat pengumuman di laman Instagram yang mengatakan mereka akan meninggalkan kerabat diraja England telah mendapat perhatian dunia. Berikutan daripada itu, Istana Buckingham telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai pengunduran Putera Harry sebagai anggota senior keluarga diraja dan penarikan semula gelaran diraja yang diberikannya Puteri Harry dan isteri.

Lepaskan gelaran diraja

Menerusi laporan CNN, Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak akan bekerja lagi sebagai ahli keluarga diraja dan bersetuju akan membayar dana Grant Sovereign yang dibelanjakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Forgmore Cottage seperti yang tertulis dalam satu kenyataan. Pasangan ini juga dikatakan bersetuju untuk melepaskan gelaran diraja yang diterima mereka dan akan melepaskan juga penerimaan dana awam.

Seperti mana dipersetujui, mereka tidak akan terbabit dengan tugas diraja, menerima pangkat ketenteraan rasmi selain tidak lagi menerima dana awam bagi tugas diraja.

Mereka juga perlu membayar balik £2.4 juta (RM12.5 juta) wang pembayar cukai, yang digunakan bagi mengubah suai kediaman mereka, Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor.

Mereka akan sentiasa disayangi

Menurut sumber, perbincangan dan rundingan ini telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan penyelesaian dan mencapai satu persefahaman bagi menyokong keputusan Putera Harry dan keluarga diraja.

Sungguhpun begitu, Ratu Elizabeth dalam kenyataannya itu turut bertitah bahawa dia menyokong keputusan yang dibuat oleh cucunya Putera Harry  dan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih bebas.

Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga saya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: CNNThe New York Times

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selepas Tinggalkan Istana,” Putera Harry Dan Meghan Markle Akan Lepaskan GeIaran Diraja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*