“Disamakan Dengan Tiang Elektrik,” Chubb-E Tak Tersinggvng Dengan AC Mizal

Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Chubb-E tidak tersinggvng dengan komen juri jemputan, Datuk AC Mizal dalam konsert minggu ketiga malam tadi.

Komen AC yang menyamakan Chubb-E dengan tiang elektrik dan buluh dianggap telah mempersend4kan bentuk tubuh penyanyi itu oleh kebanyakan netizen di Twitter.

“Bila awak pakai macam tu, nampak macam tiang elektrik, tak tahu tangan atau buluh yang besar,” kata AC ketika memberi komen pada persembahan Chubb-E malam tadi.

Namun menurut Chubb-E, dia menyifatkan komen tersebut berbentuk jenaka dan menerimanya dengan positif.

“Saya tahu Datuk AC Mizal adalah seorang pelawak, saya menerima komen yang diberikan dengan positif kerana saya memang merasakan ia kelakar, memang betul pun saya kurus.

“Saya berfikiran terbuka, jika orang bercakap tentang saya dalam bentuk jenaka, saya terima sahaja, apa yang penting saya mahu fokus dalam pertandingan ini,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Pada minggu ke 3 dansadansing . . . . #DansaDanSing2020 #DDS20 @donutfingerlicking @atiliaharon

A post shared by dansadansing (@dansadansing) on

Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Ashlyn berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu ketiga Dansa Dan Sing bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Tambah Chubb-E, dia berpuas hati dengan persembahan bersama skuad Zeppo Youngsterz Crew pada konsert kali ini.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan persembahan kami kali ini, walaupun berlatih dalam masa dua hari sahaja namun kami semua gembira kerana dapat membuat persembahan dengan baik,” tambahnya.

Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : video viral

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Disamakan Dengan Tiang Elektrik,” Chubb-E Tak Tersinggvng Dengan AC Mizal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*