“Terima Kasih Kerana Ramai Mend0akan,” Fasha Sandha S4h Ham!l

Tahniah buat pelakon, Fasha Sandha yang sudah mengesahkan dirinya hamil. Bagaimanapun, bintang ini tidak akan berkongsi usia kandungannya.

Berikutan hal itu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini menjelaskan, pengalaman keguguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fobia.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu.

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu juga sedang berehat daripada terbabit dalam mana-mana penggambaran naskhah drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya lagi.

Terdahulu, aktres berusia 35 tahun itu ada berkongsi berita kehamilannya pada Mei, sejurus mendirikan rumah tangga dengan aktor, Aidil Aziz Mac lalu.

Namun, Fasha dilaporkan mengalami keguguran beberapa minggu selepas pengumuman tersebut dibuat.

Sekali lagi, Fasha dikhabarkan hamil November lalu. Bagaimanapun, tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi lebih, sebaliknya meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, menerusi perkahwinan terdahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Kerana Ramai Mend0akan,” Fasha Sandha S4h Ham!l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*