“Saya Nak Tolong Mak Sebab Ayah Dah Menlnggal” Kongsi Video Anak Kecil Jual Tisu, Paknil Buat Netizen Menangls

Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi memuat naik sebuah rakaman video bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menjual tisu.

Video tersebut menunjukkan Aznil atau lebih dikenali dengan Paknil membantu dengan membeli kesemua jualannya.

“Lepas beli semua, Paknil suruh anak itu balik terus. Jangan merayau-rayau lagi.

“Terhibur Paknil dapat usik si kecil ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan

“Sesiapa jumpa anak ni di Johor Bahru, cakap kat dia Paknil kirim salam dan bagitau dia yang dia dah popular!” tulisnya di Instagram (IG).

Rata-rata pengikut Paknil mula sebak selepas mendengar pengorbanan anak kecil ini demi membantu ibunya.

“Berapa ni?” tanya Pak Nil.

“Ikut suka nak bayar berapa. Saya nak tolong mak sebab ayah dah meninggal,” jawab kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Paknil mempelawa penerbit yang memerlukan pelakon kanak-kanak untuk mengambil anak kecil itu bekerja.

“Kalau ada penerbit nak pelakon kanak-kanak, tolong ambik anak ini, Paknil rasa macam dia ada bakat yang semulajadi la.

“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Nak Tolong Mak Sebab Ayah Dah Menlnggal” Kongsi Video Anak Kecil Jual Tisu, Paknil Buat Netizen Menangls"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*