“Saya Akan Crwet Memilih Watak” Fauziah Ahmad Daud

Memasuki fasa kerjaya menghampiri lima dekad, seniwati Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy akui lebih cerewet dalam memilih watak yang ditawarkan kepadanya.

Menurut Ogy, dia mahukan watak yang berbeza dan mempunyai mutu serta keunikan tersendiri.

“Saya akan cerewet dalam memilih watak yang ditawarkan kepada saya sekarang kerana saya mahu watak yang berbeza daripada lakonan sebelum ini.

“Saya harus melihat naskah yang ditawarkan dan fikir pelbagai aspek, sesuatu watak itu harus kelihatan berbeza, perkara beginilah yang saya mahukan,” ujarnya.

Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur petang semalam.

Tambah Ogy, meskipun sibuk menguruskan syarikat miliknya iaitu Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, namun dia tidak akan memperlahankan lakonan buat masa ini.

“Meskipun sibuk menguruskan syarikat, saya tidak akan memperlahankan lakonan buat masa ini.

“Jika saya lakukan apa yang saya suka sekarang, sudah tentu saya akan gembira melihat hasilnya apabila bersara suatu hari nanti,” tambah Ogy.

Sekadar info, Ogy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1972 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengarah dan penerbit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Akan Crwet Memilih Watak” Fauziah Ahmad Daud"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*