“Apa AC Mizal Cakap Tu Betul, Saya Memang Kvrus” Chubb-E Syukur Dapat Perhatian Selepas 7 Tahun

PESERTA program Dansa Dan Sing Chubb-E tidak ambil hati apabila juri jemputan program itu iaitu Datuk AC Mizal menjadikan fizikalnya yang kurus sebagai bahan gurauan.

Pemilik nama Shahrul Ashlyn Awang, 22, berkata, dia menerima semua komen juri sepanjang program tersebut secara positif.

“Saya menganggap apa yang diperkatan Datuk AC Mizal hanya satu gurauan dan saya bersyukur dengan ciptaan Allah.

“Saya memang kurus jadi kenapa nak ambil hati dengan apa yang diperkatakan dan saya ambil dari sudut positif.

“Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar,” ujarnya

Chubb-E mendapat perhatian selepas  tujuh tahun di dalam industri muzik Malaysia.

Pada Sabtu lalu, komen AC Mizal yang menyamakan fizikal tubuh badan Chubb-E sebagai tiang elektrik menerima kecaman netizen.

Bagaimanapun, Chubb-E mendapat pujian selepas membuat persembahan tarian tradisional negeri Sabah pada minggu ketiga Dansa Dan Sing.

Dalam pada itu, Chubb-E meluahkan rasa syukur apabila masyarakat Malaysia kini dapat melihat bakatnya selepas tujuh tahun menceburi industri muzik.

Saya manusia yang susah nak terasa kerana apa yang dia cakap itu memang benar.

CHUBB-E

PENYANYI

“Alhamdulillah, saya gembira apabila semua penat lelah saya pandang oleh peminat muzik di Malaysia,” ujarnya.

Bercakap mengenai program Dansa Dan Sing, Chubb-E mengakui berdepan tekanan setiap minggu bertanding.

“Untuk melakukan persembahan di pertandingan yang besar ini bukan suatu benda yang sangat senang kerana ia melibatkan komitmen yang sangat besar.

“Tekanan dan debaran semasa pertandingan juga adalah cabaran untuk saya memberikan persembahan terbaik” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Apa AC Mizal Cakap Tu Betul, Saya Memang Kvrus” Chubb-E Syukur Dapat Perhatian Selepas 7 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*