“Sini Saya Nak Jelaskan, Adam Baru Berusia 10 Tahun ,” Terkait Isu ‘Cinta’, Bapa Nik Adam Mika Beri Kenyataan

Selepas kisah mengenai ‘cinta monyet’ melibat pelakon kanak-kanak popular, Nik Adam Mika, yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan antara Duerra Mitilda dan Hezriq Shah, bapa kepada bintang cilik berkenaan, Nik Mohd Adli tampil memberi kenyataan.

Antara lain, penjelasan dibuat bagi mengelakkan salah faham selain menjelaskan pada usia Adam yang baru 10 tahun, kanak-kanak itu masih muda untuk mengenal maksud cinta, sebagaimana kenyataan yang dijelas menerusi Instagram, sehari lalu.

Malah, Adam juga disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang suka berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebayanya.

Pada masa sama, Adli turut terbuka untuk dihubungi mana-mana individu atau media yang inginkan penjelasan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

assalamualaikum..sy papa adam mika @nikadliazlan ..pg ni, sy bgun tdo, dpt byk whtsapp dr rakan2 celebrity dan media yg tanyakan ttg berita viral adam dan mitilda tu..terima kasih kpd kawan2 yg bertanya..ok..sini sy nk jelaskan, adam baru berusia 10 tahun..dan masih suka bermain2 dan berkawan..adam xfaham apa mksud cinta dan sbgnya..apa yg dia faham, dia nk berkawan dan bermain, mcam kanak2 yg seusia dgn nya..sy sbg papa kpd adam, memohon maaf kpd semua, jika gmbar adam berkawan semasa di set dan di luar set mngundang fitnah dan rs xselesa. sy nk minta utk stopkn mngecam kerana ini boleh jatuhkn moral ank sy, adam..gmbar semua di snap oleh saya. utk mkluman, adam tidak mmpunyai ramai kawan, dan kawan2 yg ada hnyalah di kalangan rakan2 pelakon. kpd media dan individu yg mahukan pnjelasan lebih, boleh call sy terus dan dtg set utk interview.. tq 🤗

A post shared by Nik Adam Mika Official Page (@nikadammika) on

“Assalamualaikum, saya papa adam mika @nikadliazlan ..pg ni, sy bgun tdo, dpt byk whtsapp dr rakan2 celebrity dan media yg tanyakan ttg berita viral adam dan mitilda tu.

“Terima kasih kpd kawan2 yg bertanya..ok..sini sy nk jelaskan, adam baru berusia 10 tahun..dan masih suka bermain2 dan berkawan..adam xfaham apa mksud cinta dan sbgnya.

“Apa yg dia faham, dia nk berkawan dan bermain, mcam kanak2 yg seusia dgn nya..sy sbg papa kpd adam, memohon maaf kpd semua, jika gmbar adam berkawan semasa di set dan di luar set mngundang fitnah dan rs xselesa.

“Saya nk minta utk stopkn mngecam kerana ini boleh jatuhkn moral ank sy, adam..gmbar semua di snap oleh saya. utk mkluman, adam tidak mmpunyai ramai kawan, dan kawan2 yg ada hnyalah di kalangan rakan2 pelakon.

“Kepada media dan individu yg mahukan pnjelasan lebih, boleh call sy terus dan dtg set utk interview,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi mStar, Adli seperti yang dipetik menjelaskan, anaknya baru berusia 10 tahun dan tidak mempunyai apa-apa perasaan selain masih awal untuk mengenal erti cinta.

Adli juga sebolehnya tidak mahu Adam terpalit dengan publisiti murahan atau gosip cinta kerana bimbang ia akan menjatuhkan prestasi dalam lakonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sini Saya Nak Jelaskan, Adam Baru Berusia 10 Tahun ,” Terkait Isu ‘Cinta’, Bapa Nik Adam Mika Beri Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*