Luna Maya Nafi Cerewet Soal Jodoh, Reda Hidvp Membujang Hingga Tua

SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya menafikan dakwaan kononnya dia terlalu cerewet dalam soal memilih pasangan.

Kata Luna, dia sebaliknya seorang yang akan mengikut kata hati malah terbuka untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki yang dirasakan sesuai buat dirinya.

“Saya bukanlah seorang yang terlalu memilih.

“Saya akan ikut kata hati kalau rasa sesuai, saya terima saja.

“Tapi tak salah juga kalau nak pilih yang betul-betul baik supaya ianya kekal,” ujarnya.

Luna berkata demikian sewaktu menghadiri sebuah program temubual bersama pengacara Anang Hermansyah dan Ashanty baru-baru ini.

Luna Maya reda jika ditakdirkan untuk hidup membujang seumur hidupnya.

Dalam pada itu, Luna turut mengakui berasa selesa dan reda dengan perancangan Allah sekiranya dia ditakdirkan untuk hidup membujang seumur hidupnya.

Kata Maya, dia bersyukur dikurniakan segalanya malah sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan seseorang namun terpaksa menerima hakikat jika tiada jodoh buatnya.

“Kadang-kadang tanpa kita sedar adalah lebih baik untuk kita hidup sendirian… mungkin saya juga seperti itu.

“Jika saya memang ditakdirkan untuk hidup solo, saya terima dengan ikhlas.

“Walaupun setiap hari kita berdoa untuk diberikan jodoh tapi kalau rezekinya sampai situ saja, ya sudahlah. Bersyukur saja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @mStar

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak mStar tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak mStar juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Luna Maya Nafi Cerewet Soal Jodoh, Reda Hidvp Membujang Hingga Tua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*